Saturday, May 9, 2009

4 golongan yang akan menegakkan agama -part 1

Bila disebut tentang perjuangan ramai yg fikir perjuangan Islam terpundak dibahu institusi keagamaan seperti Ustaz2,Ustazah2,Penceramah,Tok Kadi,Tok Imam,Pemimpin.dan sbginya. Mereka yg lahir selain dr kepompong ini juga berpeluang utk membantu dan menegakkan agama Islam.

Nasihat Saidina Ali “ dunia dan agama itu boleh ditegakkan dgn 4 perkara ”:-

1) “Selama mana org kaya tdk bakhil dgn apa yg dianugerahkan kepadanya”

Mereka yg mempunyai harta yg byk perlu diingat bahawa hartanya itu ada haknya pada org lain samada dgn bersedekah, hadiah, tabaruk atau byrn zakat setelah cukup kadarnya. Harta atau brg yg kita berikan kpd seseorang bukanlah hak kita ttpi hak si penerima. Harta yg hilang atau dicuri itu juga bukan hak kita kerana apa yg ada di tgn kita belum tntu ia milik kita. Apa yg pasti harta yg telah kita blnjakan semalam atau hrini,yg telah dimakan semalam ,pgi dan tghri tdi itulah milik kita.

Nabi Allah Daud pernah berdoa “Ya Allah aku berlindung darimu harta yg nantinya akan mengenyangkan org lain tetapi hisabnya aku yg tanggung”

Nabi Daud berlindung dari mempunyai harta yg terlalu byk krna apabila Baginda wafat hartanya itu akn ditinggalkan dan menjadi milik pewarisnya. Baginda bimbang jika harta byk yg ditinggalkan itu akn digunakan ke tempat yg tidk sepatutnya dimana hisabnya akan ditanggung oleh Baginda sendiri.Lihatlah jika seorg nabi memohon pelindungan kpda Allah apatah kita sbg hamba biasa yg tidak mmpunyai mukjizat mahupun karamah perlu lebih berhati2 dengan harta yg ada.bykkan berdoa moga kita dilindungi dari sifat kikir yg akan merosakkan diri kita sndiri.

kita perlu menganggap harta yg kita ada skrg bukanlah harta milik kita. Ia hanyalah pinjaman dr Yg Maha Esa.Jika Allah Yang Maha Pengasih mengurniakan kpd kita harta yg melimpah ruah jadi mengapa kita perlu sombong dan bakhil?Harta kita mgkin ada haknya pada org lain. Perbanyakkanlah bersedekah kpd yg mmerlukan, usah terlalu kikir n sombong dgn harta yg dimiliki. Tunaikan perintah Allah dgn membayar zakat supya harta itu suci bersih dari sgla sifat mazmumah dlm diri. Harta yg ada kita belanjakan ke tempat yg diredhoi. Gunakan utk menegakkan agama Allah, utk Islam. Bantulah utk mendirikan Masjid, Kelas2 agama, rumah anak2 yatim , fakir miskin dan sebagainya.
Moga dgnnya kita mendapat rahmat dari Allah SWT.Amen.

rebutlah 3 masa berharga

Alhamdulillah Maha Suci Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih . Nafas yang diberi pinjam ini aku peruntukkan untuk mencurahkan sedikit ilmu yang tidak seberapa tapi kesannya amatlah mendalam.

Teringat aku ceramah seorang Ulama’ terkenal berkaitan dengan masa. 3 masa yang diberikan Allah kepada kita iaitu 'semalam','hari ini' dan 'besok'. Semalam, sudah berlaku dan telah berlalu itulah 'masa milik kita'.Hari ini, iaitu masa yang kita gunakan sekarang dan belum pasti kita dapat menyempurnakannya 24jam .Dan besok adalah waktu yang tidak dapat dijangka samada dapat kita lalui ataupun tidak sebagaimana hari ini. oleh itu,masa yang sedikit untuk hari ini kita perlu manfaatkan dengan sebaiknya kerana mungkin ia milik kita dan mungkin tidak.


Setiap orang ingin hidup lama, malah ada yg mengimpikan utk hidup beribu thn.Tak sedar dirinya sudah menjangkau waktu untuk kembali kepadaNya. Tengok muka dicermin, masih merah,tegang,agaknya lambat lagi…badan pun sihat!! Begitu agaknya lagak mereka yang tidak memahami takdir Allah. Kata orang ‘rumah kata pergi kubur kata mari’. Ingatlah hidup mati kita x dapt kita jangkakan. Ada yang ajalnya sampai sebelum menjelang usia,ada juga yang mati dalam keadaan sihat. Tapi apa yang sering ada di fikiran manusia mati bila dah tua mati bila sakit. Ada baiknya kita fikir bahawa mati sentiasa mengejar kita. Mungkin esok,lusa.bulan depan, thn depan atau mungkin seketika nnti.Sekurang-kurangnya kita sentiasa beringat tujuan kita dipentas dunia ini adalah utk mengaut keuntungan akhirat.

Firman Allah SWT maksudnya “Sesungguhnya Aku jadikan jin dan manusia ini hanyalah utk beribadat kepadaKu”

Kematian setiap insan pasti ada hikmahnya. Berbaik sangkalah kita kepadaNya kerana apa yang ditetapkan utk kita itulah yang terbaik. Oleh itu.perbanyakkan amal ibadat supaya ianya dpt membantu ketika amalan dihitung di Padang Mahsyar kelak seperti yang dijanjikan Allah bagi hambaNya yang Soleh dan Solehah.

Firman Allah SWT : “ Adapun orang yang berat timbangan kebaikan maka dia berada dalam kehidupan yg senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan kebaikan maka tempat kembalinya ialah neraka hawiyah”
Surah Al-Qariah : 6-9

Daripada ayat ini ,marilah kita sama2 memperbaiki setiap amalan kehidupan kita dan memperbanyakkan amaln2 soleh yang akan mmberatkan timbangan kita di akhirat justeru menerima buku catatan amalan dgn tangan kanan. Gunakan masa sedikit yang amat berharga ini dengan sebaiknya. Teringat pesanan 'sahabat' yg byk mengingatkan aku.Katanya bykkan berzikir dan berselawat.Semoga tertanam dalam diri kita mahabbah dan kasih pd Allah SWT dan Rasulullah SAW.Terima kasih 'Rafiqie' moga dikau tergolong dikalangan hamba yg soleh n solehah.

Sabda Rasulullah SAW : “2 perkataan yang disukai Allah Yang Maha Pengasih, ringan pada lidah tetapi berat pada timbangan amalan (Al-Mizan) iaitu Subhanallah Wa bihamdih dan Subhanallahila’zim”

– Riwayat al-Bukhari