Tuesday, March 17, 2009

Erti Cinta Dan Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…


Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting, sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?
Pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja, dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan. Tamat.


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Wassalam…

Monday, March 16, 2009

Ya Rasulillah...Habibullah

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan...

Hakikatnya,tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira..
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa...

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat....

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu..

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya..
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya..

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu....

Sunday, March 15, 2009

Manfaatkan waktu...

Alhamdulillah cuti sekolah seminggu ni memberi aku peluang masa yang lebih untuk mengikuti kelas tafaqquh fiddin oleh insan yang amat dihormati Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari.Pengajian akhir yang telah aku ikuti iaitu pada bulan ramadhan 2008 sbln sblm aku pulang ke Malaysia.Di hari terakhir pengajian bersama syeikh aku rasa sedih,bimbang jika itu hari terakhir aku mengikuti kelas pengajiannya dan tidak dapat bertemu syeikh kembali.Yelah bulan syawal nnti aku dah nak pulang ke tanah air.Syeikh pula sering ke Mesir dibulan ramadhan utk memberi ceramah-ceramah mantapnya.Tapi dunia sekarang dah moden,segalanya dihujung jari.hehe.Dengan kecanggihan yang ada sekarang,melalui internet aku masih boleh mengikuti kelas pengajian di Mesir walaupun masa dan suasana berbeza.alhamdulillah.Cuma memerlukan pengorbanan sedikit utk aku bersengkak mata semata-mata menuntut ilmu Allah Yang Maha Luas.Cuti sekolah ni dapatlah aku ikut kelas walaupun sehingga lewat malam.Yerlah cikgu2 pon nk bercuti mcm anak murid jugk.Msa yg ada ni aku kene manfaatkan dengan sebaiknya.Klu anak2 murid aku bersengkak mata membaca buku bg mnduduki ujian intervensi lepas buka sekolah ni jadi aku pun kne bersengkak mata nak topup ilmu2 yang kurang ni.Ermm..rasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi kerana diberi kesempatan waktu dan kesihatan yang baik utk aku nikmati masa cuti ni dengan sebaiknya.Sambil2 tu blh jugk aku berhubung kembali teman2 yang xsempat aku nak layan mklumlah keje cikgu ni sepenuh masa.Moga Allah berkati dan beri kekuatan pd aku utk truskn perjuangan menuntut ilmu di kala insan2 di Malaysia ni sedang nyenyak dibuai mimpi.huhu..

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.