Saturday, May 9, 2009

4 golongan yang akan menegakkan agama -part 1

Bila disebut tentang perjuangan ramai yg fikir perjuangan Islam terpundak dibahu institusi keagamaan seperti Ustaz2,Ustazah2,Penceramah,Tok Kadi,Tok Imam,Pemimpin.dan sbginya. Mereka yg lahir selain dr kepompong ini juga berpeluang utk membantu dan menegakkan agama Islam.

Nasihat Saidina Ali “ dunia dan agama itu boleh ditegakkan dgn 4 perkara ”:-

1) “Selama mana org kaya tdk bakhil dgn apa yg dianugerahkan kepadanya”

Mereka yg mempunyai harta yg byk perlu diingat bahawa hartanya itu ada haknya pada org lain samada dgn bersedekah, hadiah, tabaruk atau byrn zakat setelah cukup kadarnya. Harta atau brg yg kita berikan kpd seseorang bukanlah hak kita ttpi hak si penerima. Harta yg hilang atau dicuri itu juga bukan hak kita kerana apa yg ada di tgn kita belum tntu ia milik kita. Apa yg pasti harta yg telah kita blnjakan semalam atau hrini,yg telah dimakan semalam ,pgi dan tghri tdi itulah milik kita.

Nabi Allah Daud pernah berdoa “Ya Allah aku berlindung darimu harta yg nantinya akan mengenyangkan org lain tetapi hisabnya aku yg tanggung”

Nabi Daud berlindung dari mempunyai harta yg terlalu byk krna apabila Baginda wafat hartanya itu akn ditinggalkan dan menjadi milik pewarisnya. Baginda bimbang jika harta byk yg ditinggalkan itu akn digunakan ke tempat yg tidk sepatutnya dimana hisabnya akan ditanggung oleh Baginda sendiri.Lihatlah jika seorg nabi memohon pelindungan kpda Allah apatah kita sbg hamba biasa yg tidak mmpunyai mukjizat mahupun karamah perlu lebih berhati2 dengan harta yg ada.bykkan berdoa moga kita dilindungi dari sifat kikir yg akan merosakkan diri kita sndiri.

kita perlu menganggap harta yg kita ada skrg bukanlah harta milik kita. Ia hanyalah pinjaman dr Yg Maha Esa.Jika Allah Yang Maha Pengasih mengurniakan kpd kita harta yg melimpah ruah jadi mengapa kita perlu sombong dan bakhil?Harta kita mgkin ada haknya pada org lain. Perbanyakkanlah bersedekah kpd yg mmerlukan, usah terlalu kikir n sombong dgn harta yg dimiliki. Tunaikan perintah Allah dgn membayar zakat supya harta itu suci bersih dari sgla sifat mazmumah dlm diri. Harta yg ada kita belanjakan ke tempat yg diredhoi. Gunakan utk menegakkan agama Allah, utk Islam. Bantulah utk mendirikan Masjid, Kelas2 agama, rumah anak2 yatim , fakir miskin dan sebagainya.
Moga dgnnya kita mendapat rahmat dari Allah SWT.Amen.

1 comment:

  1. alhmdulillah...x semua org boleh pikir mcm yg kita cuba sampaikn...tp kita cukup berperanan dlm institusi kmsyarakatan..
    akhir kalam..
    salam ziarah...=)

    ReplyDelete